Sunday 17 April 2011

Pernafasan

Terdapat 3 langkah dalam pernafasan semulajadi iaitu:
     1. Menyedut Nafas - inhalation
     2. Menghembus Nafas - exhalation
     3. Masa Rehat - recovery

Manakala:

Terdapat 4 langkah dalam pernafasan ketika menyanyi iaitu:
     1. Menyedut Nafas - inhalation
        Langkah pengambilan udara bagi seseorng penyanyi haruslah cepat dengan kuantiti yang banyak dan pengaliran udara ke dalam paru-paru mestilah lebih mendalam berbanding pernafasan biasa.

     2. Menahan Nafas - suspension
         Kaedah yang berlaku diakhir proses penyedutan nafas, dimana udara uang disedut masuk ditahan untuk seketika sebelum dihembus keluar. Langkah ini amat penting bagi penyanyi kerana ia akan memastikan mekanisma sokongan pernafasan agar bersedia untuk proses berikutnya.

     3. Mengawal Hembusan Nafas - controlled exhalation
         Ketika menyanyi, udara perlu dikepaskan secara perlahan bagi memastikan nyanyian yang sekata dengan frasa yang lebih panjang.

     4. Masa Rehat - recovery
         Diakhir penghembusan nafas, pastikan adanya satu ketika dimana kesemua otot yang terlibat dalam pernafasan berada dalam keadaan yang relaks.

No comments:

Post a Comment