Monday 11 April 2011

Siapa Yang Boleh Menyanyi

Nyanyian bermaksud alunan suara mengikut turun naik nada atau dikenali sebagai 'melodi'. Apabila seseorang itu bercakap dia sebenarnya sedang menyanyi kerana, percakapan mempunyai melodi yang tersendiri. Kedua-duanya akan melalui proses yang sama iaitu:

Proses penghasilan suara. Terdapat 5 elemen di dalam proses penghasilan vokal manusia. Kesemua 5 ini perlu berfungsi secara serentak dengan koordinasi yang baik bagi manghasilkan nada yang bebas dan penuh ekspresi.
     1. Kognisyen (cognition) iaitu pendorong dan kawalan.
         Otak dan sistem saraf saling menerima juga menghantar arahan kepada tubuh badan manusia. Ia akan menghasilkan tindak balas kepada otot-otot yang mengawal pelbagai aspek dalam penghasilan suara agar bersiap sedia untuk bertutur mahupun menyanyi.
     2. Respirasi (respiration) iaitu daya penggerak
         Tekanan udara dari paru-paru merupakan sumber tenaga dalam menjana bunyi. Otot dan organ pernafasan akan bertindak dengan teratur bagi mengawal proses penyedutan dan pemhembusan nafas.
     3. Fonasi (phonation) iaitu penggetaran.
         Aliran udara diperlukan untuk menggetarkan 2 tisu yang berada pada pita suara bagi menghasilkan bunyi asas.
     4. Resonasi (resonation) iaitu penggema.
         Bagi menghasilkan bunyi yang baik, bunyi asas perlu digemakan di ruangan kosong iaitu gabungan rongga di bahagian hidung, mulut dan juga pharynx. (laluan disepanjang rongga yang bermula dari pita suara hingga ke bibir dan hidung)
     5. Artikulasi (artikulation) iaitu pertuturan.
         Organ-organ pertuturan seperti bibir, lidah, gigi, gusi, lelangit keras dan lembut serta rahang akan bekerjasama untuk menukarkan bunyi asas kepada sebutan yang dapat difahami dan akan melahirkan bentuk komunikasi yang mempunyai maksud dengan jelas.

Semua orang yang menjalani proses ini, secara tidak langsung mereka berkemampuan untuk menyanyi.

6 comments:

  1. salam, del, bagus betul dpt bljr info yg berguna... congratz to uuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  2. waa... bestlah cikgu penerangan yg mmg bgus.. sib baiklah hambo ni tak pandai nyanyi sgt ahakss..

    ReplyDelete
  3. Maulud... perlu banyak mendengar.

    ReplyDelete
  4. maksud cikgu sya perlu byk mndengar owank mnyanyi ke..or perlu mendengar pe yg sya nyanyi???

    ReplyDelete
  5. nak bljar nyanyi cmna ek..??
    ckgu delly ble tolong..??? :)

    ReplyDelete